Pages - Menu

Wednesday, 3 April 2019

Buat Untung Dengan Portolio Unit Trust Yang Aktif

Antara strategi mudah untuk buat untung dengan unit trust adalah dengan dengan menjadi active investor.

Cara paling common orang buat, guna teknik dollar cost averaging.

Kalau beli unit secara cash, autodeduct akaun bank setiap bulan. Kalau beli unit secara cashless, setiap 3 ke 4 bulan buat withdrawal dari Akaun 1.

Tapi, ada satu lagi teknik yang pelabur unit trust terlepas pandang untuk jadi active investor iaitu review portfolio seperti switching fund sama ada untuk cut loss atau lock profit.

Kenapa? Sebab mereka mengharapkan ejen unit trust yang buatkan sedangkan ejen hanya boleh advise, decision adalah daripada pelabur sendiri.

Pelabur sendiri yang kena turun 'tandatangan' jika mahu revise portfolio.

Solusinya? Lantiklah licensed fund manager untuk manage kita punya portfolio. Mereka lebih pakar berbanding kebanyakan ejen unit trust.

Tambahan pula, boleh diversify ke pelbagai company punya fund, jadi tiada conflict of interest berlaku.

Tutup Akaun Bank: Mudah Urus Pusaka di Masa Hadapan

Alhamdulillah, selesai urusan tutup akaun bank sebab tak aktif guna. Hanya simpan pada akaun yang aktif sahaja.

Faktor utama tutup akaun sebenarnya lebih kepada nak memudahkan urusan pusaka sendiri nanti.

Andaikata saya pergi dulu, takda lah susah abah saya (saya lantik abah sebagai pentadbir pertama) nak kena pergi banyak tempat untuk cairkan harta selepas dapat surat kuasa atau probet.

Jimat masa dan tenaga beliau walaupun dana untuk kos urus pusaka saya dah sediakan. Boleh cover duit minyak, duit parking, kos ambil cuti bekerja dan kos-kos lain yang berkaitan.

Hasrat saya pun dah ada hitam putih melalui dokumen pewarisan. Senang nak rujuk dan hasrat nak buat amal jariah akan tercapai insyaAllah.

Sekurang-kurangnya, saya taknaklah termasuk dalam golongan yang pusakanya terbeku dan tak dapat dimanfaatkan.

Kurang lebih RM70billion aset yang masih beku di Malaysia disebabkan pemiliknya tiada buat perancangan pusaka sewaktu hidup. Justeru menyebabkan waris tidak muafakat, tiada masa dan wang untuk uruskan pusaka tersebut supaya dimiliki kepada yang berhak.

Kasihan arwah. Kita yang masih hidup ambillah iktibar dari kes aset beku di Malaysia. Demi kebaikan kita di akhirat kelak juga. 

Tuesday, 2 April 2019

Pengurusan hutang selepas meninggal

Jika mati dalam keadaan berhutang, adakah waris faraid wajib bayarkan?

Contoh, pusaka RM100k, hutang RM200k. Lepas tolak pusaka, baki hutang RM100k.

Waris faraid memang tak dapat bahagian langsung tetapi adakah waris akan mewarisi hutang RM100k?

Jawapan:

Hutang tidak difaraidhkan. Hutang ditanggung oleh wali (pemberi nafkah) sekiranya mampu. Kalau tak, Baitul Mal.

Jangan ambil ringan bab hutang pula ye sekalipun Baitul Mal boleh bantu. Bimbang juga tiada waris yang sanggup buat urusan di Baitul Mal untuk selesaikan hutang.


hutang selepas mati

Takaful (Hibah) vs Insurans Haram (Absolute Assignment)

takaful vs insurans


Apakah perbezaan antara takaful dengan insurans?

Andaikatalah, insurans konvensional ini tiada fatwa mengatakan ianya haram atau Muslim yang ada polisi insurans konvensional ini konfiden yang pampasan insurans ini halal, takaful masih lagi option terbaik.

Kekuatan takaful sendiri adalah pada penamaan hibah. Letak nama wife 100% sebagai penerima hibah, waris lain tak boleh tuntut sebab hibah takaful dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013).

Insurans konvensional? Pampasan kena agih faraid walau penamanya isteri 100%. Kalau nak dapat 100% ke isteri macam mana? Buat absolute assignment.

Bila buat AA, cash value dalam akaun pelaburan insurans pun jadi milik assignee 100% andaikata capai tempoh matang.

Takaful tak perlu AA. Cukup sekadar letak penama hibah. Bila meninggal sahaja penerima hibah akan dapat. Capai tempoh matang pula, cash value masih lagi milik cert owner.

Apa-apa pun pilihlah takaful yang sudah sah patuh syariah. Insurans konvensional dah difatwakan haram atas faktor kontrak jual belinya. Hebat sangatkah kita sampai boleh keluarkan 'fatwa' sendiri kata insurans ini halal?

Itu belum cerita cara urus pampasan insurans konvensional lagi. Waris hanya boleh wang pokok sahaja dari pampasan, selebihnya kena serah ke Baitul Mal. Pusaka yang boleh diwarisi Muslim hanyalah yang dari harta yang tak terlibat dengan benda haram.

Pilih takaful ye kawan. InsyaAllah harta kita berkat. Dapat elak dosa riba, dosa berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Kita pun dapat pahala menderma dan pahala usaha memperkasakan lagi kewangan Islam di Malaysia.

Safwan Amran, IFP

Tabung Haji vs Islamic Bond

Tahun lepas, sempat saya advise pada client untuk keluarkan sebahagian duit TH untuk simpan di tempat lain. Alang-alang simpanan mencecah puluhan ribu, saya cadangkan untuk tinggalkan Rm10,000 sahaja di dalam TH, selebihnya masuk ke unit trust untuk diversify.

Kalau ikut performance TH pada tahun 2017, simpanan RM9980 akan dapat total hibah sebanyak 6.25%. Lebihan daripada RM9980 akan dapat hibah 4.5% sahaja.

Alhamdulillah, setakat hari ini, fund yang saya cadangkan untuk client diversify sudah beri return sebanyak 5.13%. Invest pada 19/3/2018.

Alternatif Tabung Haji


Fund ini sesuai dengan risk profile client yang nak kekalkan ciri-ciri emergency saving.

Kelebihan fund ini:
- Tiada sales charge
- Minimal risk (close to zero risk)
- Mudah cair (boleh buat online redemption)
- Award winning fund (best fund in its class)

Di saat pendeposit TH tertunggu-tunggu hibah, client ini sudah pun enjoy return daripada fund ini hasil diversification. Tinggal nak tunggu berapa hibah TH pula untuk baki akaun yang tinggal di TH. Alhamdulillah, Islamic Bond ini juga merupakan salah satu alternatif pelaburan yang patuh syariah selain Tabung Haji.

Safwan Amran, IFP
Single License Investment
INFAQ Consultancy