Takaful (Hibah) vs Insurans Haram (Absolute Assignment)

takaful vs insurans


Apakah perbezaan antara takaful dengan insurans?

Andaikatalah, insurans konvensional ini tiada fatwa mengatakan ianya haram atau Muslim yang ada polisi insurans konvensional ini konfiden yang pampasan insurans ini halal, takaful masih lagi option terbaik.

Kekuatan takaful sendiri adalah pada penamaan hibah. Letak nama wife 100% sebagai penerima hibah, waris lain tak boleh tuntut sebab hibah takaful dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013).

Insurans konvensional? Pampasan kena agih faraid walau penamanya isteri 100%. Kalau nak dapat 100% ke isteri macam mana? Buat absolute assignment.

Bila buat AA, cash value dalam akaun pelaburan insurans pun jadi milik assignee 100% andaikata capai tempoh matang.

Takaful tak perlu AA. Cukup sekadar letak penama hibah. Bila meninggal sahaja penerima hibah akan dapat. Capai tempoh matang pula, cash value masih lagi milik cert owner.

Apa-apa pun pilihlah takaful yang sudah sah patuh syariah. Insurans konvensional dah difatwakan haram atas faktor kontrak jual belinya. Hebat sangatkah kita sampai boleh keluarkan 'fatwa' sendiri kata insurans ini halal?

Itu belum cerita cara urus pampasan insurans konvensional lagi. Waris hanya boleh wang pokok sahaja dari pampasan, selebihnya kena serah ke Baitul Mal. Pusaka yang boleh diwarisi Muslim hanyalah yang dari harta yang tak terlibat dengan benda haram.

Pilih takaful ye kawan. InsyaAllah harta kita berkat. Dapat elak dosa riba, dosa berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Kita pun dapat pahala menderma dan pahala usaha memperkasakan lagi kewangan Islam di Malaysia.

Safwan Amran, IFP

Share:

0 comments

Powered by Blogger.