Tutup Akaun Bank: Mudah Urus Pusaka di Masa Hadapan

Alhamdulillah, selesai urusan tutup akaun bank sebab tak aktif guna. Hanya simpan pada akaun yang aktif sahaja.

Faktor utama tutup akaun sebenarnya lebih kepada nak memudahkan urusan pusaka sendiri nanti.

Andaikata saya pergi dulu, takda lah susah abah saya (saya lantik abah sebagai pentadbir pertama) nak kena pergi banyak tempat untuk cairkan harta selepas dapat surat kuasa atau probet.

Jimat masa dan tenaga beliau walaupun dana untuk kos urus pusaka saya dah sediakan. Boleh cover duit minyak, duit parking, kos ambil cuti bekerja dan kos-kos lain yang berkaitan.

Hasrat saya pun dah ada hitam putih melalui dokumen pewarisan. Senang nak rujuk dan hasrat nak buat amal jariah akan tercapai insyaAllah.

Sekurang-kurangnya, saya taknaklah termasuk dalam golongan yang pusakanya terbeku dan tak dapat dimanfaatkan.

Kurang lebih RM70billion aset yang masih beku di Malaysia disebabkan pemiliknya tiada buat perancangan pusaka sewaktu hidup. Justeru menyebabkan waris tidak muafakat, tiada masa dan wang untuk uruskan pusaka tersebut supaya dimiliki kepada yang berhak.

Kasihan arwah. Kita yang masih hidup ambillah iktibar dari kes aset beku di Malaysia. Demi kebaikan kita di akhirat kelak juga. 

Share:

0 comments

Powered by Blogger.