Hibah Takaful Hong Leong MSIG Takaful i-Care Rahmat

Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya yang Muslim sudah biasa dengar pasal hibah takaful. Walaubagaimanapun, mungkin dari segi pemahaman secara detail masih ramai yang belum tahu.

Hibah takaful sebenarnya adalah satu konsep agihan manfaat kematian yang akan diterima oleh penama sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia. Manfaat kematian 100% milik si penama dan waris si mati tiada hak untut tuntut faraid.

Secara asasnya, hibah takaful akan disertakan sekali manfaat hilang upaya bekerja menyeluruh (TPD). Dalam pelan i-Care Rahmat, ada lagi satu manfaat tambahan iaitu hilang upaya bekerja akibat sakit tua. Manfaat ini akan menggantikan manfaat hilang upaya (TPD) selepas umur 65 tahun dan dilindungi sehingga umur 100 tahun.

Hibah takaful juga sebenarnya boleh direka untuk berfungsi sebagai income protection.

Apa itu income protection? Ringkasnya begini, kita bekerja dengan majikan dengan gaji RM5,000 sebulan. Gaji inilah yang akan digunakan untuk teruskan kehidupan dan sara keluarga kita.

Jika ditakdirkan berlakunya kematian atau hilang upaya atau sakit kritikal tahap akhir, adakah majikan akan beri lagi income RM5,000 kepada kita atau bantu sara keluarga kita? Jika dulunya kita merupakan aset syarikat, kini dah jadi beban syarikat.

Jadi, untuk melindungi gaji kita yang hilang akibat musibah kewangan tersebut, takaful antara cara yang paling berkesan.

Cerita pasal berapa banyak manfaat yang diperlukan untuk income protection, saya lebih selesa dengan pendekatan 10 tahun gaji.

Back to basic dalam financial planning, 10% allocate untuk takaful income protection dan medical card, 10% untuk emergency saving. Total 20% daripada income diperuntukkan untuk risk planning. 80% lebihan guna untuk belanja dan asset growing activities.

Ambil contoh gaji setahun RM50,000. 10 tahun gaji bersamaan RM500k.

RM500k invest dalam instrumen pelaburan 8% setahun dapat passive income RM40,000 setahun. 8% return per annum is achievable.

RM40,000 bersamaan 80% daripada RM50,000 income.

Bila musibah kewangan berlaku, contohnya terkena lumpuh kekal, sudah tiada lagi keperluan untuk allocate 20% (takaful & emergency saving) dari gaji sewaktu sihat.

Cukup sekadar teruskan kehidupan dengan nilai 80% (hasil dari passive income) dari gaji sewaktu sihat.

Kesimpulannya, simple rule of thumb untuk coverage income protection bagi kematian/lumpuh kekal adalah bersamaan 10 tahun gaji.

Boleh juga tambah coverage extra 1 tahun gaji sebagai coverage tambahan buat belanja setahun sementara duit pampasan 10 tahun gaji diberanak-pinakkan.

Untuk anggaran berapa caruman yang pelan i-Care Rahmat boleh beri dengan sekian coverage, boleh rujuk jadual di bawah.

Hibah takaful hong leong

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang hibah takaful, boleh hubungi saya dengan klik link ini.

Share:

0 comments

Powered by Blogger.